YBR bantu 100 pelajar B40 UUM

Syaiful Rizal (kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Pengajian kepada Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan.
Syaiful Rizal (kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Pengajian kepada Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan.
A
A
A

SINTOK - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebanyak RM100,000 kepada pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai inisiatif pertama bagi tahun 2024.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, usaha itu dilakukan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan di menara gading.

Menurutnya, seramai 100 pelajar semester satu hingga tiga di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dari kalangan keluarga B40 dan pemilihan dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

“Semoga pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.”

Syaiful Rizal (tiga kiri) berharap pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.
Syaiful Rizal (tiga kiri) berharap pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.

“Diharapkan melalui bantuan ini menjadikan azam tahun baru pelajar semakin membara dan sedikit sebanyak pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut bagi pembelian kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Replika cek Bantuan Awal Pengajian kepada Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan.

Hadir sama, Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman; Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan:

Syaiful Rizal berkata, YBR sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.

"YBR akan kekal meneruskan komitmen bagi membangunkan komuniti berpendidikan selaras dengan mandat dan halatuju YBR, untuk menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing.

“Dalam sesi yang berlainan, bantuan ini juga akan seterusnya akan dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan turut melibatkan 100 orang pelajar,” ujar beliau.