Empat cedera akibat tersepit dalam kemalangan

Van yang membawa bungkusan arang kayu berlanggar dengan sebuah lori lalu terlanggar sebatang pokok dalam kemalangan pada tengah hari Rabu.
Van yang membawa bungkusan arang kayu berlanggar dengan sebuah lori lalu terlanggar sebatang pokok dalam kemalangan pada tengah hari Rabu.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Empat lelaki cedera selepas van dan lori dinaiki mereka terlibat kemalangan lalu melanggar sebatang pokok di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Sungai Bakap, di sini tengah hari Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Safi@Roslan Abdullah berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 28 hingga 60 tahun itu cedera di kepala dan kaki namun dilaporkan stabil.

Menurutnya, mereka dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

"Dua mangsa berusia 31 dan 60 tahun menaiki van yang membawa bungkusan arang kayu manakala dua mangsa lagi berusia 28 dan 41 tahun menaiki lori jenama Hino," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.10 tengah hari dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan.

"Kemalangan melibatkan van Toyota Hiace dan lori jenama Hino. Kedua-duanya didapati berlanggar lalu terbabas melanggar sebatang pokok di tepi lebuh raya.

"Kita membuat 'size up' dan mengarahkan anggota dengan pakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap serta peralatan khas melakukan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, seramai 17 anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

"Kita membuat penilaian akhir di lokasi dan operasi tamat pada jam 2.17 petang," katanya.