Bayi maut kenderaan terhumban tebing lebuh raya

Kenderaan yang dinaiki mangsa bersama empat yang lain terhumban di tebing lebuh raya yang dipenuhi air.
Kenderaan yang dinaiki mangsa bersama empat yang lain terhumban di tebing lebuh raya yang dipenuhi air.
A
A
A

DUNGUN - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki terlanggar lopak air dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 372, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Bukit Besi, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira jam 12.25 tengah hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Selasa.

"Semasa kejadian, mangsa menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero Sport yang dipandu Mohammad Taufik Babge, 34, bersama isteri, Hamizah Mustapha, 35, serta dua lagi penumpang lain sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Pengerang, Johor.

"Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu Mohamad Taufik tiba-tiba hilang kawalan selepas terlanggar lopak air dan kemudian terbabas melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum terhumban ke tebing lebuh raya yang dipenuhi air.

"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang melalui kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Maizura berkata, akibat kemalangan itu empat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Mohammad Adam Rayyan dikejarkan ke HSNZ dan disahkan meninggal ketika menerima rawatan pada hari ini.

"Mohammad Taufik dan Hamizah cedera di bahagian kaki dan dada manakala dua lagi penumpang yang berusia 20 tahun dan 11 tahun turut cedera di bahagian dada," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Maizura berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@sinarharianonline Bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki terlanggar lopak air dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 372, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Bukit Besi, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira jam 12.25 tengah hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Selasa. #SinarHarian#SinarTerkini#Dungun#Terengganu#Bukitbesi#Eksiden#fyp original sound - Sinar Harian