Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok

Sk Temai masih ditenggelami air banjir sedalam 0.8 meter.
Sk Temai masih ditenggelami air banjir sedalam 0.8 meter.
A
A
A

PEKAN - Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai kerana masih dinaiki banjir sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, ia membabitkan seramai 365 pelajar bagi SMK Paloh Hinai terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Tiga manakala SK Temai pula seramai 128 murid.

Mohd Razali Mustafar
Mohd Razali Mustafar

Menurutnya, disebabkan sesi pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan, keadah PdPR ini dijalankan bagi mengelakkan mereka tercicir dari sudut pembelajaran.

"Keputusan itu dibuat kerana atas faktor keselamatan murid di sekolah tersebut.

"Malah, saya meminta murid-murid belajar di rumah melalui PdPR kerana tidak mahu mereka ketinggalan dalam pelajaran," katanya pada Isnin.

SK Temai antara sekolah yang akan meneruskan sesi PdPR susulan kawasan sekolah masih ditenggelami banjir.
SK Temai antara sekolah yang akan meneruskan sesi PdPR susulan kawasan sekolah masih ditenggelami banjir.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setakat ini, paras air di SK Temai pada kedalaman 0.8 meter (m).

Jelasnya, sekolah berkenaan terletak di kawasan rendah berhampiran Sungai Pahang dan disebabkan itu pemantauan masih dilakukan.

Tambahnya, sekiranya air kembali surut sesi pembelajaran di sekolah seperti biasa akan dilaksanakan semula.

"Kalau ikutkan Trend air menurun perlahan dan kini kita anggarkan kedalaman 0.8 m berbanding semalam sekitar semeter.

"Jika keadaan cuaca tidak hujan, proses penyurutan dijangka berterusan dan kemungkinan pada Sabtu ini kerja pembersihan dapat dijalankan," ujarnya lagi.