VAR tiada kaitan kekalahan Arsenal di Craven Cottage

Bobby De Cordova-Reid (tengah) menjaringkan gol kemenangan Fulham semasa melayan kunjungan Arsenal di Craven Cottaga lewat malam Sabtu. - Foto: EPA
Bobby De Cordova-Reid (tengah) menjaringkan gol kemenangan Fulham semasa melayan kunjungan Arsenal di Craven Cottaga lewat malam Sabtu. - Foto: EPA
A
A
A

MIKEL Arteta berkata, anak buahnya perlu melihat cermin dan menilai diri sendiri selepas kekalahan mengaibkan di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage lewat malam Sabtu.

Aksi yang berkesudahan The Gunners tewas 1-2 itu dianggap persembahan paling buruk musim ini dan Arteta tidak berselindung mengenainya.

Menurut Arteta, pemain Arsenal gagal bangkit daripada kekalahan 0-2 di tangan West Ham Jumaat lalu dan meneruskan rentak kekalahan di Craven Cottage.

"Kami perlu melihat cermin kerana ini adalah persembahan paling buruk dan teruk musim ini.

"Jika kami bermain seperti 19 perlawanan terdahulu, mungkin kami sudah berada di puncak liga.

"Tetapi jika kami terus bermain seperti hari ini, kami takkan ke mana," ujarnya.

Kemenangan ke atas Fulham meletakkan Arsenal di puncak liga untuk tempoh 18 jam sebelum Liverpool melayan kunjungan Newcastle United awal pagi nanti.

Bagaimanapun kekalahan di Craven Cottage meletakkan Arsenal di tangga keempat liga di belakang Liverpool (42 mata), Aston Villa (42 mata) dan Manchester City (40 mata).

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat lalu, Arteta mengkritik keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana mengesahkan jaringan gol kontroversi Tomas Soucek pada minit ke-13.

Jaringan pertama West Ham itu mencetuskan persoalan sama ada bola daripada hantaran Jarrod Bowen telah terkeluar daripada garisan sebelum disempurnakan Soucek dari jarak dekat.

VAR mengambil masa hampir lima minit untuk mengesahkan gol berkenaan kerana kedudukan Bowen menghalang sudut kamera utama dan keputusan bola tidak keluar dikekalkan.

Bagaimanapun ulang tayang semula 15 minit selepas jaringan Soucek disahkan pengadil, Micheal Oliver memaparkan bahawa bola jelas terkeluar daripada garisan.

Selepas perlawanan itu tamat, Arteta dengan nada berang mengkritik teknologi VAR yang sukar untuk menentukan sama ada bola keluar atau tidak.

Kritikan pedas selepas aksi West Ham di Emirates itu mungkin sekali lagi mengheret Arteta kepada hukuman Persatuan Bola Sepak (FA).

Awal bulan ini, Arteta terlepas hukuman FA selepas mengkritik keputusan VAR yang mengesahkan gol Anthony Gordon ketika Arsenal tumpas 0-1 di tangan Newcastle United. - end