Persembahan terburuk Arsenal - Arteta

Reaksi Bukayo Saka (tengah) selepas gagal menjaringkan gol dalam aksi menentang Fulham. - Foto EPA
Reaksi Bukayo Saka (tengah) selepas gagal menjaringkan gol dalam aksi menentang Fulham. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan para pemainnya mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini ketika tewas 1-2 kepada Fulham di laman lawan pada Ahad sekali gus memberikan tamparan kepada usaha mereka untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool.

"Kami tidak cukup bagus. Kami turut tewas dalam perlawanan (menentang West Ham) ketika kami berhak sepenuhnya untuk menang dan hari ini kami tidak berada di tahap yang hampir sama.

"Perlawanan ini adalah berbeza kerana ia adalah prestasi terburuk musim ini," katanya.

Kekurangan kualiti di bahagian serangan menjadi kelemahan utama dalam skuad Arteta yang mungkin menghalang mereka daripada memenangi kejuaraan liga pertama dalam tempoh 20 tahun.

Tetapi Arsenal juga mengekalkan hanya satu rekod tanpa bolos dalam lapan perlawanan pada bulan Disember.

Arteta menolak cadangan yang dia perlu untuk mengukuhkan lagi skuadnya dalam jendela perpindahan Januari.

Bagaimanapun, dia memberi amaran kepada pemainnya bahawa kegagalan untuk tampil lebih baik dalam perlawanan akan datang bakal meranapkan usaha mereka untuk menyingkirkan Manchester City sebagai juara.

Artikel Berkaitan:

"Jika kami bermain seperti kami bermain dalam 19 perlawanan lain, kami akan berada di sana (menang liga). Jika kami bermain seperti hari ini, kami tidak akan berada di mana-mana. Hari ini adalah hari yang sangat sukar untuk diterima," katanya.