'Mohon ayah jangan hisap rokok, vape di luar pagar sekolah'

Kenyataan Public Health Malaysia memberi peringatan kepada bapa untuk tidak menghisap rokok atau vape di luar pintu pagar sekolah.
Kenyataan Public Health Malaysia memberi peringatan kepada bapa untuk tidak menghisap rokok atau vape di luar pintu pagar sekolah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan bermula hari ini.

Susulan penguatkuasaan tersebut, Twitter Public Health Malaysia juga memberi peringatan kepada bapa untuk tidak menghisap rokok atau vape di luar pintu pagar sekolah.

Ini kerana, kelakuan bapa itu dilihat oleh anak selain terdedah dengan bahaya asap rokok.

Kenyataan itu dimuat naik sempena sesi persekolahan bermula hari ini untuk beberapa negeri seperti negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya adalah bermula pada hari esok.

Mulai hari ini, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makanan.

Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Artikel Berkaitan: