'Penumpang percuma' tayar pesawat dari Algeria ke Paris

Lelaki itu kini dirawat di hospital juga tidak membawa sebarang kad pengenalan diri. - Foto: Agensi
Lelaki itu kini dirawat di hospital juga tidak membawa sebarang kad pengenalan diri. - Foto: Agensi
A
A
A

PARIS - Seorang lelaki ditemui bersembunyi di ruang gear pendaratan sebuah pesawat komersial yang terbang dari Algeria ke Paris.

Pihak berkuasa memaklumkan penemuan menggemparkan itu dibuat pada Khamis malah 'penumpang percuma' yang berusia dalam lingkungan 20-an itu juga masih hidup dan mengalami hiportemia.

"Dia dijumpai ketika pemeriksaan teknikal pada pesawat Air Algerie sejurus ia mendarat di Lapangan Terbang Orly di Paris.

"Lelaki itu yang kini dirawat di hospital juga tidak membawa sebarang kad pengenalan diri," ujar pendakwa raya.

Menurut data Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), seramai 132 'penumpang percuma' pada bahagian gear pendaratan pesawat komersial direkodkan antara 1947 dan 2021.

"Kadar kematian bagi individu yang berani mati melakukan perjalanan itu adalah sebanyak 77 peratus," jelas FAA lagi.

Difahamkan, suhu di bahagian luar pesawat biasanya menjunam kepada -50 darjah celsius selain kekurangan oksigen apabila ia mencapai ketinggian kira-kira 9,100 hingga 12,190 meter, sekali gus menyebabkan tekanan yang tinggi kepada 'penumpang percuma'. - AFP

Artikel Berkaitan: