China lantik Menteri Pertahanan baharu

Pelantikan Jun dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. - Foto: Agensi
Pelantikan Jun dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. - Foto: Agensi
A
A
A

BEIJING - China pada Jumaat menamakan bekas komander Angkatan Tentera Laut, Dong Jun sebagai Menteri Pertahanan baharu selepas pendahulunya, Li Shangfu disingkirkan pada Oktober lalu.

Pelantikan Jun dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China.

Beijing bagaimanapun tidak memberikan alasan rasmi berhubung penyingkiran Shangfu yang memegang jawatan itu selama tujuh bulan disusuli dengan tidak lagi muncul di khalayak umum.

Media tempatan melaporkan tiga eksekutif di firma pertahanan peluru berpandu di Beijing juga dipecat daripada jawatankuasa penasihat politik tertinggi pada awal minggu lalu.

Sejak beberapa bulan lalu, siri rombakan telah dilakukan ke atas kepimpinan Pasukan Roket Rahsia iaitu sebuah unit yang menyelia senjata nuklear Beijing setelah media mendedahkan siasatan kes rasuah melibatkan bekas ketua mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: