Air kosong RM5: Pihak restoran mohon maaf, dakwa pekerja cuai

Resit tular yang memaparkan harga air kosong sebanyak RM5. Gambar kanan: Permohonan maaf daripada pihak restoran berhubung kejadian terbabit.
Resit tular yang memaparkan harga air kosong sebanyak RM5. Gambar kanan: Permohonan maaf daripada pihak restoran berhubung kejadian terbabit.
A
A
A

LANGKAWI - Kecuaian pekerja sebuah restoran di Jalan Pantai Chenang di sini memasukkan kod minuman didakwa menyebabkan seorang pelanggan mereka dicaj RM5 untuk pesanan air kosong.

Berdasarkan status permohonan maaf yang dimuat naik di Facebook Langkawi Hari Ini (LHI), pihak restoran berkenaan meminta pelanggan terbabit menghubungi mereka semula untuk memulangkan caj berlebihan yang dikenakan.

"Staf kita tersilap masuk nombor kod (1111) nescafe dan lupa tukar harga asal - nombor kod (CA07) air kosong (System error)," katanya memetik status yang dimuat naik oleh restoran tersebut pada Khamis.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku ketika waktu sarapan pagi pada 21 Disember lalu.

"Untuk sarapan pagi, kita baru bermula pada tempoh cuti sekolah ini dan banyak juga pekerja kita masih baharu.

"Kita mohon maaf atas kesilapan ini, sistem masih baharu untuk pekerja baharu sebab itu boleh tersalah key in.

"Kita akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Jelasnya, restoran mereka beroperasi sejak tahun 2015 dan caj bagi air kosong adalah RM1 sejak dahulu lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular sekeping resit yang memaparkan harga bagi pesanan air kosong sebanyak RM5.

Isu itu menjadi pendebatan dalam kalangan orang ramai kerana harga minuman terbabit dianggap keterlaluan.