Postecoglou dedah punca Spurs kalah

Postecoglou. Foto AFP
Postecoglou. Foto AFP
A
A
A

JURULATIH Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui barisan pemain mengalami kepenatan susulan jadual perlawanan yang padat sehingga terpaksa akur tewas 2-4 kepada Brighton awal pagi Jumaat.

Malah kecederaan sembilan pemain memburukkan lagi keadaan dan prestasi yang dipamerkan Spurs bukan aksi sebenar mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kami kelihatan agak letih dan kurang ketajaman seperti biasa, terutamanya pada permulaan permainan. Kami telah memulakan permainan dengan baik.

“Saya rasa peminat boleh memahami. Kami melalui jadual padat dan meminta pemain untuk beraksi pada tahap terbaik.

“Ia telah menjejaskan prestasi pemain dan hari ini kami kelihatan seperti pasukan yang tidak berada pada tahap yang terbaik," ujar Postecoglou.

Dalam aksi itu, Joao Pedro meledak dua gol, manakala Jack Hinshelwood dan Pervis Estupinan mengesahkan kemenangan 4-2 buat skuad kendalian Roberto De Zerbi itu.

Alejo Veliz dan Ben Davies pula menyumbat dua gol pada 10 minit terakhir, namun gagal membantu kebangkitan Spurs yang mengalami kekalahan kelima dalam saingan domestik musim ini.

“Brighton adalah pasukan yang baik dan mereka mengambil kesempatan itu. Mereka berhak menang,” kata Postecoglou.

Artikel Berkaitan: