Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 3,047 orang

Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Foto APM
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Foto APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurang kepada 3,047 mangsa daripada 814 keluarga dipindahkan ke 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah itu menurun berbanding 3,432 orang daripada 951 keluarga seperti yang direkodkan pada jam 8 malam Khamis.

Besut merupakan daerah terawal pulih banjir apabila kesemua PPS di kawasan terbabit ditutup pada jam 12 tengah hari Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 2,088 mangsa daripada 558 keluarga sudah dipindahkan ke 26 PPS yang telah diaktifkan.

Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Foto APM
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Foto APM

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu pula kini seramai 630 orang daripada 176 keluarga dan semua mereka ditempatkan di tiga PPS yang diaktifkan di sana.

Bagi daerah Kemaman, dua PPS sudah dibuka bagi menempatkan 63 mangsa daripada 14 keluarga yang terjejas banjir, manakala di Kuala Nerus pula melibatkan sebuah keluarga terdiri daripada enam individu sudah dipindahkan ke sebuah PPS," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir di daerah Setiu melibatkan 37 orang daripada tujuh keluarga dan semua mereka ditempatkan di dua PPS yang diaktifkan di sana.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya di Marang pula kini seramai 91 individu daripada 22 keluarga yang sudah dipindahkan ke sebuah PPS manakala di Kuala Terengganu menempatkan seramai 132 mangsa daripada 36 keluarga di dua PPS.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.