Aksi Zayn Rayyan masukkan baju kotor jadi pengubat rindu ibu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kenangan hampir lima tahun lalu kembali menggamit kerinduan Ismanira Abdul Manaf yang merupakan ibu kepada kanak-kanak autistik berumur enam tahun yang mati dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pemilik akaun Izz Manaf itu meletakkan dua ikon sedih pada status terbaharunya di akaun media sosial, Facebook sejak malam Rabu.

Ismanira yang membahasakan dirinya sebagai Isma mengimbau kembali kenangan bersama anak istimewanya itu yang dirakam pada 19 Mei 2018.

Ia merupakan memori arwah Zayn Rayyan ketika itu berusia setahun bersama Isma semasa belajar memasukkan baju kotor ke dalam baldi untuk direndam dan dibasuh.

Video berdurasi 14 saat itu mendapat sebanyak 3,600 tontonan dan tujuh perkongsian.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai Noly Ridhwani menulis, "Sayang Zayn... Hari-hari nak tau berita tentang awak. Berbahagialah di syurga ALLAH ye nak... Zayn Rayyan-Perhiasan Syurga... Pandai mommy daddy pilih nama."

Sementara itu, Rosnita Ahmad memuji arwah Zayn Rayyan dengan mengatakan, "Subhanallah... Cutenya awak Zayn."

Norbaya Rahaman pula melontarkan pujian buat anak syurga itu, "Comel je suara Zayn ajuk cakap ‘nah’... untungnya mommy, Zayn disayangi... till today, bila tengok Zayn, hati ni berdoa moga ALLAH mudahkan segala urusan... kalau tak di dunia, di akhirat pasti."

Artikel Berkaitan:

Pemilik akaun CintaKu Izzs LiaRiel Ije pula berkata, "Bertuahnya Zayn sayang... ramai ibu-ibu sayang dekat Zayn... kami rindu tengok keletah Zayn... Zayn Rayyan penghuni syurga Allah... damailah kamu di sana nak... kami tak pernah lupa selitkan doa di setiap sujud kami buat insan istimewa ini... Big hugs buat mommy Zayn."

Bagi Azura Fadzilah, pemilik akaun itu menulis, "Zayn, kesayangan semua rakyat Malaysia. Berbahagialah di syurga ALLAH."

Pada 6 Disember lalu, mangsa berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan apartmen itu kira-kira jam 10 malam.

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh itu ditemui oleh pihak berkuasa dan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.