'Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy’ - Ibu Zayn Rayyan

Klip video yang dimuat naik Ismanira memaparkan Zayn Rayyan dilihat ceria bermain di taman permainan.
Klip video yang dimuat naik Ismanira memaparkan Zayn Rayyan dilihat ceria bermain di taman permainan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia akibat dibunuh terus berkongsi luahan hatinya di media sosial sementara siasatan kes masih berjalan.

Terbaharu melalui hantaran di Instagram miliknya, Ismanira Abdul Manaf, 28, memuat naik beberapa klip video kenangan ketika Zayn Rayyan masih hidup yang dilihat ceria antaranya ketika bermain di taman permainan.

Ismarina membuat hantaran itu dengan kapsyen yang menyatakan rasa bangganya dapat mengandungkan dan melahirkan Zayn.

"Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga ALLAH," tulisnya.

Video berkenaan mendapat lebih 87,000 tontonan dengan lebih 8,000 tanda suka.

Sementara itu, menerusi satu hantaran berbeza, Ismanira berkongsi gambar kubur dipercayai tempat bersemadinya Zayn.

Ismanira turut berkongsi gambar kubur dipercayai tempat bersemadinya Zayn.
Ismanira turut berkongsi gambar kubur dipercayai tempat bersemadinya Zayn.

Menerusi hantaran itu, Ismanira menyatakan akan selalu menziarahi pusara anaknya itu.

Artikel Berkaitan:

"Abang jangan risau ya, mommy daddy adik akan selalu datang melawat abang," tulisnya.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang sejak jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Kanak-kanak itu kemudiannya ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, kira-kira 200 meter dari kediamannya sekitar jam 10 malam.

Kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Polis kini giat memburu suspek yang terlibat dalam kes jenayah yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia ketika ini.

@sinarharianonline Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia akibat dibunuh terus berkongsi luahan hatinya di media sosial #fyp#SinarHarian#ZaynRayyan #Bunuh #Autisme#Autistik#PetalingJaya#DamansaraDamai#KesZayn#KronologiZayn#videoviral original sound - Sinar Harian