Banjir di Kelantan makin buruk, mangsa cecah 21,380 orang

Keadaan terkini Pasir Mas dari ruang udara yang dirakam oleh JBPM Kelantan.
Keadaan terkini Pasir Mas dari ruang udara yang dirakam oleh JBPM Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang terjejas kini mencecah 21,380 orang pada Khamis.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat jam 8 pagi ini lima jajahan yang terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Kesemua mangsa daripada 6,918 keluarga itu sedang berlindung di 68 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

"Daripada jumlah itu Pasir Mas merekodkan mangsa banjir paling tinggi apabila seramai 18,289 orang berlindung di 37 buah PPS.

Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang terjejas kini mencecah 21,380 orang pada Khamis.
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang terjejas kini mencecah 21,380 orang pada Khamis.

"Diikuti Tumpat (1,507), Kuala Krai (11,36), Tanah Merah (327) dan Gua Musang (118)," katanya dalam satu kenyataan.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memberitahu, bacaan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang masih berada pada tahap amaran.

Ujarnya, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai), Kusial (Tanah Merah), Tambatan Diraja (Kota Bharu) melepasi paras amaran sementara Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pula pada bacaan berjag-jaga.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu lagi, lain-lain sungai utama di negeri ini berada pada paras normal.