1,017 saman dikeluarkan, 20 motosikal disita

Azman (kiri) ketika pemeriksaan terhadap salah seorang penunggang motosikal.
Azman (kiri) ketika pemeriksaan terhadap salah seorang penunggang motosikal.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan nombor pendaftaran diubahsuai antara 1,017 kesalahan dikesan dan dikenakan tindakan saman dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2020 Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, sebanyak 20 motosikal turut disita dalam Op Pelbagai, Op Motosikal, Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan bermula jam 9 malam tadi.

"Sebanyak 1,116 kenderaan dan 1,178 individu diperiksa sepanjang operasi dilaksanakan termasuk 92 warga asing dari Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.

"Kesalahan paling banyak direkodkan adalah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 297 kesalahan, LKM tamat tempoh (190 kesalahan), kesalahan nombor pendaftaran (145) dan kesalahan cermin sisi (102)," katanya.

Menurutnya, dua pemandu masing-masing berusia 40 dan 34 tahun turut ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Operasi selama kira-kira lapan jam itu disertai 490 anggota termasuk 40 pegawai trafik Selangor.

Artikel Berkaitan: