Tidur di khemah tanda solidariti bersama rakyat Palestin

Peserta piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' berkumpul sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Palestin di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa.
Peserta piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' berkumpul sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Palestin di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tidur di khemah didirikan di sekitar Kedutaan Besar Amerika Syarikat sepanjang piket 'Kepung Demi Palestin' yang berlangsung selama enam hari bermula malam ini sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Ketua Wanita Muda Amanah (Warda), Mastura Abu Bakar berkata, lebih 100 peserta daripada 48 badan bukan kerajaan (NGO) akan menjayakan misi itu.

"Ia adalah nakba kedua yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk di wilayah Gaza sehingga menyebabkan mereka terpaksa berteduh di bawah khemah sahaja.

"Hari ini mereka (rakyat Palestin) tidur di khemah-khemah, bawah hujan dalam musim sejuk dan mereka masih bertahan.

Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

"Maka, hari ini kita tunjuk solidariti dengan tidur di khemah," katanya sewaktu memberi ucapan pembukaan piket berkenaan di sini, pada Selasa.

Menurut laporan, sebanyak 35 badan bukan kerajaan (NGO), 15 kumpulan mahasiswa dan 13 parti politik.

Antara pemimpin parti yang hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan; Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi; bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua - yang juga sebahagian daripada Sekretariat Solidariti Palestin, Bendahari Pemuda Amanah, Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Artikel Berkaitan:

Tindakan piket dengan nama 'Kepung Demi Palestin' adalah inisiatif oleh warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza melibatkan 27,674 angka korban, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Peserta piket berkenaan memulakan perarakan dari Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak ke kawasan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Setiausaha Sejagat, Syed Sheikh berkata, Malaysia merupakan negara berdaulat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang perlu mendukung kedaulatan rakyat Palestin.

"Kewujudan Israel tidak boleh diterima, mana-mana negara yang menyokong mereka dianggap telah memijak kedaulatan rakyat di wilayah Gaza.

"Kita menuntut seluruh dunia untuk memboikot syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel dan jika Amerika Syarikat masih bersengkokol dengan zionis, mereka juga akan dimasukkan dalam senarai boikot," tegasnya.