Peserta 'Kepung Demi Palestin' dinasihat tidak berkhemah di Kedutaan AS

Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada malam Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada malam Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Peserta piket 'Kepung Demi Palestin' dinasihatkan supaya tidak mendirikan sebarang khemah di sekitar kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Datuk Allaudeen Abdul Majid
Datuk Allaudeen Abdul Majid

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan meminta peserta untuk bersurai, sebaliknya memberi keutamaan dari segi menjaga keselamatan orang awam dan kedutaan-kedutaan asing sepanjang penganjuran piket tersebut.

Ujar beliau, semua pegawai dan anggota polis telah digerakkan bagi menjaga keselamatan di sekitar kawasan Kedutaan AS.

"Saya ingin tegaskan pihak polis menyokong dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan warga kita, suruhanjaya tinggi, kedutaan dan pejabat-pejabat perwakilan asing.

"Kita juga perlu mempertimbangkan keselamatan orang awam, kenderaan, lalu lintas dan sebagainya supaya tidak terganggu.

Pegawai dan anggota polis telah digerakkan bagi menjaga keselamatan di sekitar kawasan Kedutaan AS. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Pegawai dan anggota polis telah digerakkan bagi menjaga keselamatan di sekitar kawasan Kedutaan AS. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

"Saya memohon pada semua orang agar memberi kerjasama dan kita akan membantu dengan cara yang terbaik," katanya ketika ditemui petugas media di kawasan Kedutaan AS pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar, serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dijangka akan berkampung selama enam hari di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat bermula jam 10 malam ini.

Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada malam Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Para peserta himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berarak dari Menara Tabung Haji hingga ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada malam Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Tindakan piket dengan nama 'Kepung Demi Palestin' itu adalah inisiatif oleh warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza iaitu setakat 24 Disember lepas telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Menurut Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dalam kenyataan semalam, piket di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.