Mangsa banjir di Lipis, Raub terus meningkat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Raub membuat pemantauan paras air sungai Dong, Raub, pada Selasa. - Foto Ihsan APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Raub membuat pemantauan paras air sungai Dong, Raub, pada Selasa. - Foto Ihsan APM
A
A
A

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang merekodkan peningkatan kepada 700 orang sehingga jam 8 pagi berbanding 606 orang pada petang Isnin.

Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Lipis dan Raub berbanding 13 PPS sebelum ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa di daerah Raub merekodkan paling tinggi iaitu seramai 465 mangsa membabitkan 119 keluarga.

Keadaan salah sebuah di PPS di daerah Raub. - Foto Ihsan APM
Keadaan salah sebuah di PPS di daerah Raub. - Foto Ihsan APM

Kesemua mereka di tempat di 10 PPS, antaranya di Balai Raya Kampung Pamah Kulat, rumah pertanian Kampung Pamah Rawas, Surau Kampung Peruas, Dewan Orang Ramai Bukit Pampong, Balai Raya Kampung Pamah Rawas, Dewan Orang Ramai Bukit Pampong,Dewan Lechar, Dewan Dato Seriwa Dong, Dewan Kampung Kuala Gali dan Dewan Serbaguna Kampung Pia.

Di Lipis pula, seramai 52 keluarga ditempatkan lima PPS antaranya Dewan Orang Ramai Kuala Serau membabikan seramai 21 mangsa dan Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang (146 mangsa).

Seterusnya, PPS di Masjid Bertang, seramai 37 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Kechau Tui (10 mangsa) dan 21 mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kota.

Artikel Berkaitan: