Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 6,281

Jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit bertambah kepada 6,281 mangsa daripada 1,756 keluarga dipindahkan ke 59 PPS di semua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi Khamis. Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit bertambah kepada 6,281 mangsa daripada 1,756 keluarga dipindahkan ke 59 PPS di semua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi Khamis. Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit bertambah kepada 6,281 mangsa daripada 1,756 keluarga dipindahkan ke 59 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi Khamis.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,983 orang daripada 1,660 keluarga seperti yang direkodkan pada 8 malam Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 2,849 mangsa daripada 785 keluarga sudah dipindahkan ke 31 PPS yang telah diaktifkan.

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu pula kini seramai 1,666 orang daripada 497 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 10 PPS yang diaktifkan di sana.

Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Bagi daerah Kemaman, enam PPS sudah dibuka bagi menempatkan 843 mangsa daripada 231 keluarga yang terjejas banjir, manakala di Kuala Nerus pula melibatkan 108 keluarga terdiri daripada 401 individu sudah dipindahkan ke tiga PPS," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir di daerah Setiu melibatkan seramai 125 orang daripada 30 keluarga dan semua mereka ditempatkan di empat PPS yang diaktifkan di sana.

Selain itu, katanya di Marang pula kini seramai 121 individu daripada 31 keluarga yang sudah dipindahkan ke sebuah PPS manakala di Besut melibatkan 19 keluarga terdiri daripada 66 orang ditempatkan di sebuah PPS.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu lagi, Kuala Terengganu yang menjadi daerah terbaharu terjejas akibat bencana tersebut menempatkan seramai 210 mangsa daripada 55 keluarga di tiga PPS.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!