Wanita Filipina ditemukan mati dalam rumah sewa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Seorang wanita warga Filipina ditemukan mati di rumah sewanya di Jalan Desa Seri Utama di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, wanita itu, Angelina Ganiban Abaco, 57, yang bekerja sebagai juruhias kuku ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan tertiarap berdekatan dengan jeriji pintu dapur.

“Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu kerana semua ahli keluarganya berada di Filipina dan telah menyewa rumah tersebut sejak 22 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Meng Seah berkata, rakan wanita itu yang terhidu bau busuk dari rumah wanita itu telah menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Katanya, polis mendapati semua pintu rumah dan pagar berkunci dari dalam rumah serta tiada tanda rumah dipecah masuk.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat wanita itu dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: