Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu

Hantaran di Facebook rasmi Fadillah.
Hantaran di Facebook rasmi Fadillah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, beliau berkata, ia merupakan akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran yang dibuat di Facebook rasminya pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata, aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Facebook ‘Haji Fadillah Yusuf’ mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 kawan dengan ‘posting’ pertama di akaun berkenaan adalah pada 12 November lepas yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.

Pada 20 November lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu. - Bernama

Artikel Berkaitan: