Chelsea perlu tunggu lebih lama untuk Nkunku

Nkunku - Foto AGENSI
Nkunku - Foto AGENSI
A
A
A

CHELSEA perlu menunggu lebih lama sebelum dapat melihat semula kelibat Christopher Nkunku beraksi bersama kelab London tersebut musim ini.

Itu reaksi pengendali Mauricio Pochettino selepas penyerang serba boleh Perancis itu kembali daripada kecederaan lutut untuk penampilan sulung kelab minggu ini.

“Kami juga tahu kualiti dan kapasiti dia untuk membantu pasukan dengan cara yang sangat baik. Tapi kami perlu bersabar dan memberi lebih banyak masa kepadanya mencari semula rentak terbaiknya.

“Dan masih terlalu awal untuk melihat dia memulakan permainan, tetapi mungkin dalam beberapa perlawanan selepas ini kami akan mempertimbangkan semula perkembangannya,” kata Pochettino.

Nkunku sebelum ini ditampilkan dari bangku simpanan pada minit ke-69 ketika Chelsea tewas kepada Newcastle United dalam aksi suku akhir Piala Liga di Stadium Stamford Bridge pada Rabu.

Artikel Berkaitan: