Peniaga medan selera MPS bimbang pendapatan terjejas

Penyewa-penyewa premis Majlis Perbandaran Sepang(MPS) membantah cadangan menghadkan bilangan pembaharuan perjanjian medan selera, medan niaga, pusat penjaja dan pelbagai premis milik MPS.
Penyewa-penyewa premis Majlis Perbandaran Sepang(MPS) membantah cadangan menghadkan bilangan pembaharuan perjanjian medan selera, medan niaga, pusat penjaja dan pelbagai premis milik MPS.
A
A
A

SEPANG - Penyewa-penyewa premis Majlis Perbandaran Sepang (MPS) membantah cadangan mengehadkan bilangan pembaharuan perjanjian medan selera, medan niaga, pusat penjaja dan pelbagai premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bagi Membantah Tempoh Penyewaan Premis Premis Perniagaan milik MPS, Jahari Ibrahim berkata, pihaknya menyuarakan bantahan terhadap cadangan tersebut yang akan menyebabkan ada peniaga diarah berpindah.

"Tindakan tersebut dianggap tidak adil kerana peniaga telah pun mempunyai pelanggan tetapnya sendiri. Sekiranya kami berpindah ke tempat lain pelanggan sedia ada akan hilang.

"Sejak menjalankan perniagaan, komitmen kewangan peniaga telah meningkat. Kami khuatir akibat pelaksanaan cadangan ini akan menjejaskan sumber pendapatan kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi penyerahan memorandum kepada pihak MPS di Cyberjaya hari ini.

Katanya, ada di antara peniaga yang sudah berusia menyebabkan sukar untuk menjalankan perniagaan di tempat baharu.

"Kebanyakan kami mempunyai pendapatan yang terhad malah ada di antara kami yang tidak mampu mengumpul simpanan tahunan walaupun sekadar RM500 setahun.

Artikel Berkaitan:

Jahari (kiri) menyampaikan memorandum kepada MPS.
Jahari (kiri) menyampaikan memorandum kepada MPS.

"Rata-rata kami adalah daripada golongan yang menepati kriteria yang ditetapkan MPS iaitu ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah yang mana sepatutnya mendapatkan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, peniaga terlibat turut mencadangkan beberapa perkara kepada pihak MPS untuk dipertimbangkan.

"Semua kedai yang masih tidak mempunyai penyewa sepatutnya disewakan dan perlu dipastikan aktif menjalankan perniagaan.

"Masa sama hanya penyewa yang serius dan layak sahaja dibenarkan menyambung perniagaan dengan sewajarnya," katanya.