Operator kilang dituduh bunuh ibu saudara

Pertuduhan dibuat di Wad C2, Jabatan Ortopedik HPP kerana tertuduh sedang menjalani rawatan berikutan mengalami kecederaan pada kaki kirinya.
Pertuduhan dibuat di Wad C2, Jabatan Ortopedik HPP kerana tertuduh sedang menjalani rawatan berikutan mengalami kecederaan pada kaki kirinya.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang operator kilang yang bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada Selasa lalu selepas menetak seorang wanita sehingga mati didakwa atas pertuduhan membunuh di sini pada Jumaat.

Pertuduhan tersebut dijalankan di Wad C2, Jabatan Ortopedik, Hospital Pulau Pinang pada jam 12.50 tengah hari oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Ong Kok Bu, 29, yang mengalami kecederaan pada kaki kirinya didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42 di hadapan kedai sebuah kedai di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth dekat Seberang Perai Utara.

Tertuduh didakwa melakukan perkara itu pada jam 10.55 pagi, 19 Disember lalu.

Siti Zulaikha bersama beberapa petugas Mahkamah Majistret Butterworth tiba di HPP untuk membaca pertuduhan terhadap tertuduh.
Siti Zulaikha bersama beberapa petugas Mahkamah Majistret Butterworth tiba di HPP untuk membaca pertuduhan terhadap tertuduh.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada jaminan ditawarkan kerana Mahkamah Majistret tiada kuasa untuk menawarkan jaminan terhadap kes bunuh.

Kes ditangguh sehingga 25 Mac depan untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Artikel Berkaitan:

Pada pagi Selasa, seorang lelaki bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas menetak seorang wanita di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh nelayan sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi, suspek telah menetak mangsa pada bahagian belakang leher dengan menggunakan senjata iaitu sebilah parang di Butterworth.

Mangsa yang juga ibu saudara suspek telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 11.58 pagi, hari sama.

Difahamkan suspek bertindak demikian kerana berang terhadap ibu saudaranya berikutan dikatakan menghalang hubungan percintaannya dengan anak mangsa.