Cubaan seludup sarang burung walid ke Vietnam

Sarang burung walit yang dirampas oleh Maqis.
Sarang burung walit yang dirampas oleh Maqis.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa keluar sarang burung walit seberat 10.8 kilogram ke Vietnam.

Pengarah Maqis Selangor/Negeri Sembilan, Dr Tarmisal Alimin berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap seorang wanita warganegara Vietnam di balai pelepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 8.45 malam.

"Hasil pemeriksaan itu, kita mendapati satu beg yang berisi sarang burung belum proses dan dua kotak sarang burung telah diproses yang bernilai RM42,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, sarang burung walit tersebut dipercayai dibawa keluar untuk kegunaan sendiri.

Sarang burung walit yang siap diproses turut dirampas.
Sarang burung walit yang siap diproses turut dirampas.

"Sarang burung tersebut telah dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport dan sijil kesihatan.

"Perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa suatu permit eksport yang sah daripada Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: