Ronaldo disaman AS$1 bilion

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo telah dinamakan dalam tuntutan bernilai AS$1 bilion (RM4.65 bilion) di Amerika Syarikat berhubung kaitannya mempromosikan pertukaran mata wang kripto, Binance.

Bekas penyerang Manchester United dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu mengeluarkan rangkaian CR7 dengan kerjasama Binance pada November 2022.

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa penglibatan Ronaldo menyebabkan pelaburan yang merugikan dan ganti rugi jumlah melebihi AS$1 bilion (RM4.65 bilion).

Dalam aduan itu, yang difailkan kepada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat mendakwa bahawa Ronaldo membantu atau mengambil bahagian secara aktif dalam tawaran dan penjualan sekuriti tidak berdaftar dengan penyelarasan Binance.

Pengerusi SEC, Gary Gensler sebelum ini berkata, bahawa selebriti dan bintang sukan mesti mendedahkan kepada orang ramai daripada siapa dan berapa banyak mereka dibayar untuk mempromosikan pelaburan.

“Apabila selebriti menyokong peluang pelaburan, termasuk sekuriti aset kripto, pelabur harus berhati-hati untuk menyelidik jika pelaburan itu sesuai untuk mereka," katanya.

Pihak yang menuntut mendakwa Ronaldo sepatutnya mendedahkan berapa banyak dia dibayar, tetapi dia gagal berbuat demikian.

Ketua firma perunding DeVere Group, Nigel Green memberitahu BBC bahawa masalah kes itu lebih meluas daripada hanya seorang pemain bola sepak.

Artikel Berkaitan:

“Adalah penting untuk menyedari bahawa menyalahkan Ronaldo sahaja terlalu memudahkan isu yang rumit.

“Sebaliknya, perhatian juga harus ditujukan kepada pengawal selia global yang lambat untuk mewujudkan garis panduan yang jelas untuk landskap kewangan ini," katanya.