Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang

Terdahulu Sinar Harian melaporkan lelaki yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi Selasa merupakan suspek bagi kes tetak seorang wanita di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan lelaki yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi Selasa merupakan suspek bagi kes tetak seorang wanita di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini.
A
A
A

BUTTERWORTH - Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth pada Selasa adalah ibu saudara kepada lelaki tempatan yang menetaknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisoner Mohd Asri Shafie ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan, wanita berusia 42 tahun itu adalah ibu saudara kepada suspek lelaki berusia 29 tahun itu.

Setakat ini, pihak polis sudah menahan reman lelaki tersebut di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan siasatan kini dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar suspek menyerang dan menetak mangsa bertubi-tubi.

Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki bertindak menetak seorang wanita dengan parang dan kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) sebelum ia tular di media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Raja Uda, Butterworth kira kira jam 11.10 pagi.

Mangsa yang cedera parah akibat tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya ( HSJ) namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.58 pagi.

Sementara itu,seorang lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah tersebut bertindak melarikan diri dan cuba membunuh diri dengan terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang namun berjaya diselamatkan orang awam. - Awani

Artikel Berkaitan: