Hadiah menanti pembayar cukai

Hadiah istimewa menanti pembayar cukai taksiran untuk tahun ini.
Hadiah istimewa menanti pembayar cukai taksiran untuk tahun ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan botol aluminium edisi khas kepada pemilik harta yang menjelaskan bayaran cukai taksiran bagi tahun ini.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat menjelaskan, pemberian hadiah edisi khas secara percuma ini adalah untuk menghargai komitmen dan tanggungjawab pembayar cukai yang menjelaskan cukai taksiran.

“Orang ramai digalakkan untuk merebut peluang ini melalui pembayaran penuh cukai taksiran bagi tahun ini dan pemberian hadiah ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.

“Bil untuk penggal Januari-Jun 2019 sudah dikeluarkan dan orang ramai diminta untuk membuat semakan dan bayaran segera sebelum 28 Februari ini bagi mengelakkan Fi Notis (Denda Lewat) dikenakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: