Agong ucap takziah kepada keluarga M Daud Kilau, Ibnor Riza

crop sikit belah kiri hilangkan logo istana
ni pic awani
crop sikit belah kiri hilangkan logo istana ni pic awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua penghibur seni tanah air, Datuk M Daud Kilau dan Ibnor Riza Ibrahim, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Istana Negara pada Selasa, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian kedua-dua Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia pada jam 4.46 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam darah, semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan di Perak, manakala Ibnor Riza, 62, meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pada jam 3.30 petang, Ahad lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: