'Air matamu, air mataku jua...'

Angeline Tan mengalirkan air mata ketika berada di hadapan Kaabah.
Angeline Tan mengalirkan air mata ketika berada di hadapan Kaabah.
A
A
A

PELAKON Angeline Tan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ia pasti menjadi momen paling manis buatnya memandangkan baharu sahaja memeluk agama Islam.

Mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Sabri Yunus, perkongsian sebuah video berdurasi 23 saat ketika wanita itu berada di hadapan Kaabah menyentuh hati warga maya.

Sambil menadah tangan berdoa, tiada perkataan yang dituturkan namun riak wajahnya sebak dengan air mata yang bergenang sambil memandang Rumah ALLAH itu.

“Air matamu, air mataku jua. Semoga ALLAH memelihari kita," kongsi Sabri.

Angeline (kanan) meluahkan rasa syukur dan sebak apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci buat kali pertama.
Angeline (kanan) meluahkan rasa syukur dan sebak apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci buat kali pertama.



Menjengah ke ruangan komen, warga maya menitipkan doa agar pasangan beroleh kebahagiaan dan keberkatan.

“Allahuakbar, hebatnya percaturan ALLAH. Di akhir usia dibukakan pintu hatinya. Qada dan Qadar-NYA itu pasti.”

“Untung Angeline ALLAH hadirkan imam yang baik manakala Abang Sabri pula dikurniakan makmum yang sentiasa patuh dan lembut hati.”

Artikel Berkaitan:

“ALLAH, saya tengok pun menangis. Semoga doa-da beliau dikabulkan.”

“Insan terpilih. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH. Moga mendapat umrah yang mabrur.”

Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan berkahwin dengan Sabri pada 14 Oktober lalu.

Memeluk Islam pada 26 September lalu, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mengakui suaminya itu adalah ‘ustaz’ yang banyak membimbing beliau ke jalan Islam. - SINARPLUS