Bunyi bising punca 'perang mulut’

Polis akan menyiasat laporan berhubung insiden ‘pergaduhan mulut’ yang berlaku di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Universiti Skudai, di sini baru-baru ini.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Polis akan menyiasat laporan berhubung insiden ‘pergaduhan mulut’ yang berlaku di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Universiti Skudai, di sini baru-baru ini.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis akan menyiasat laporan berhubung insiden ‘pergaduhan mulut’ yang berlaku di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Universiti Skudai, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima laporan tersebut pada 17 Disember 2023 pada jam 3.43 petang.

"Polis mengesahkan menerima laporan mengenai 'pergaduhan mulut' di sebuah pangsapuri di sini dan siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 8 Disember 2023 sekitar jam 12.30 malam.

“Ia (pergaduhan mulut), dipercayai berpunca daripada perselisihan faham kerana bunyi bising sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penguni lain pangsapuri berkenaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100.00,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tesebut agar berhubung dengan Pengawai Penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-65141322.

Artikel Berkaitan: