Pelakon Alec Baldwin 'perang mulut' dengan penunjuk perasaan pro-Palestin

Pelakon Alec Baldwin dirakamkan berperang mulut dengan penunjuk perasaan pro Palestin di New York. - Foto Agensi
Pelakon Alec Baldwin dirakamkan berperang mulut dengan penunjuk perasaan pro Palestin di New York. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Pelakon Alec Baldwin yang muncul semasa demonstrasi pro-Palestin di New York, pada Isnin dirakamkan terbabit dalam 'perang mulut' dengan penunjuk perasaan sehingga beliau terpaksa dikawal polis, lapor portal NBCNews.com

Bagaimanapun tidak dipastikan mengapa pelakon itu berada di perhimpunan dianjurkan oleh Within Our Lifetime dan puncanya sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku.

Within Our Lifetime mengadakan bantahan awam terhadap serangan Israel di Gaza, di hab transit utama sepanjang hari termasuk Stesen Penn dan Stesen Grand Central.

Video yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan pelakon berusia 65 tahun bercakap dengan dua atau tiga penunjuk perasaan dengan muka serius.

Pada satu ketika, Baldwin berkata kepada seorang penunjuk perasaan 'Ia urusan saya' dan mengulangi sebanyak dua kali.

Kedengaran pertanyaan dari seorang penunjuk perasaan kepada Baldwin 'Anda bekerja untuk Hollywood, adakah anda mengutuk Israel?

"Anda sudah membuat keputusan...setiap soalan anda sudah dapatkan?. Anda bertanya soalan tidak rasional dan tanya saya soalan bijak," katanya sambil menolak salah seorang penunjuk perasaan.

Kemudian, beberapa anggota polis mengepung Baldwin dan mengiringi jauh dari tempat orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Namun, setakat ini tiada pihak yang tampil menjelaskan kejadian itu. - Agensi

@sinarharianonline Pelakon Hollywood, Alec Baldwin berbalah dengan kumpulan penunjuk perasaan anti-Israel yang menuduhnya menyokong Zionis, selain mengejeknya mengenai insiden kejadian tembakan di set penggambaran filem lakonannya, Rust. Kejadian di Manhattan pada petang Isnin, waktu tempatan itu menyaksikan Baldwin berteriak kepada salah seorang penunjuk perasaan agar ‘tutup mulut’ sambil mencebik mukanya sebelum pelakon itu dibawa pergi oleh polis. #SinarHarian#SinarTerkini#AlecBaldwin#Israel#Rust original sound - Sinar Harian