Gaza tempat paling bahaya di dunia untuk wartawan, keluarga - PBB

Wilayah konflik Gaza telah menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar Reuters
Wilayah konflik Gaza telah menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar Reuters
A
A
A

GAZA - Wilayah konflik Gaza menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak serangan 7 Oktober, sekurang-kurangnya 57 wartawan Palestin telah terbunuh di Gaza, seperti dilaporkan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 64 wartawan telah terbunuh sejak 7 Oktober lalu, termasuk empat wartawan Israel dan tiga wartawan Lubnan, kata organisasi itu.

Wartawan “telah melaporkan kepada seluruh dunia secara langsung mengenai penderitaan yang dilalui oleh orang awam di Gaza.

Dedikasi mereka seharusnya dihargai.

"Namun kini, satu demi satu terkorban,” kata PBB dalam satu kenyataan dari Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Pertubuhan PBB itu juga menyatakan kebimbangan berhubung dakwaan yang dilaporkan secara meluas bahawa wartawan dan kakitangan media menerima panggilan telefon yang mengancam dan menakutkan daripada anggota keselamatan Israel.

Pembunuhan dan mengarahkan wartawan berpindah secara paksa juga menghalang keupayaan pengamal media untuk melaporkan secara langsung dari lapangan di Gaza, tegas kenyataan itu lagi.- Agensi

Artikel Berkaitan:


Sempadan Lubnan-Israel kini dalam ‘bahaya’ - PBB

KETIKA peperangan di Palestin masih belum berkesudahan, sempadan Lubnan dengan Israel pula berada dalam keadaan berbahaya ekoran siri berbalas tembakan antara tentera Israel dengan pasukan pejuang Hizbullah.

Amaran itu dikeluarkan Ketua Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sana. “Keadaan sekarang seperti yang semua orang tahu - ia sangat tegang. Ia sukar... berbahaya,” kata Aroldo Lazaro, Ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan.

"Kami cuba meneruskan peranan penghubung dan penyelarasan kami... untuk mengelakkan kesilapan pengiraan, salah tafsir yang boleh menjadi satu lagi pencetus peningkatan," kata Lazaro kepada wartawan.

Lebih 130 orang telah terbunuh dalam permusuhan di pihak Lubnan sementara di pihak Israel pula, empat orang awam dan tujuh tentera menjadi korban. - Agensi


Israel sudah kehilangan kuasa moral - Ahli Parlimen UK

LONDON - Alicia Kearns, ahli kanan Parti Konservatif yang memerintah United Kingdom (UK) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat memberitahu BBC bahawa "Israel telah kehilangan kuasa moralnya."

Kearns berkata: "Undang-undang kemanusiaan antarabangsa pada pandangan saya telah dilanggar" dan Israel telah "melangkaui pertahanan diri."

Bahkan tegas Kearns, beliau "sangat tidak selesa" UK telah berkecuali dalam undian utama di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) "kerana kita perlu mendapatkan pernyataan yang betul."

Sehubungan itu, Kearns akan terus bersuara dan menyeru supaya pertempuran dihentikan selain menyataka keperluan melakukan gencatan senjata yang baharu. - Agensi