KKM sedia hadapi ledakan kemasukan pesakit Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi ledakan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesiapsiagaan itu bukan hanya melibatkan fasiliti kementerian iaitu hospital dan klinik kesihatan masalah juga hospital pengajar, Angkata Tentera Malaysia (ATM) dan swasta.

"Kementerian sedang memantau rapi kapasiti hospital melalui unit pengurusan katil dan bersedia dengan pelan strategi lonjakan kapasiti," katanya menerusi sidang akhbar khas di sini pada Isnin.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan salah satu daripada lima strategi untuk memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid-19.

"Kita tahu untuk mobilisasi katil termasuklah kecukupan akses, kelestarian rawatan dan pengurusan hospital serta kecemasan berkaitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata, orang ramai disarankan mengambil langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak dan sempit.

"Kekalka kebersihan diri pada tahap tertinggi dan segera mendapatkan rawatan sekiranya bergejala selain melakukan ujian saringan kendiri," katanya.

Terdahulu, Dzulkefly berkata, angka baharu jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 20,696 kes bagi tempoh minggu epidemiologi (ME50) iaitu 10 hingga 16 Disember.

Artikel Berkaitan:

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding ME sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu dilaporkan, sebanyak 20,077 kes atau 97 peratus berada pada kategori satu dan dua.