Zahirah hamil anak kedua, Aiman Hakim tak sabar tunggu 2024

Zahirah dan Aiman bersama anak sulung mereka, Isaac.
Zahirah dan Aiman bersama anak sulung mereka, Isaac.
A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza yang mengumumkan kehamilan dan bakal menimang anak kedua mereka pada tahun hadapan.

Berita gembira itu dikongsi mereka menerusi hantaran di laman sosial Instagram masing-masing.

Selain memuat naik video memaparkan 'baby bump', Zahirah turut berkongsi salinan imbasan ultrasound yang menunjukkan butiran lanjut tarikh jangkaan bersalin pada tahun 2024.

Pelakon Bulan & Pria Terhebat itu menzahirkan tidak sabar menunggu ketibaan tahun hadapan.

"Can’t wait for 2024," titipnya.

Sementara itu, aktor, Aiman Hakim juga menyatakan rasa syukur kerana bakal menyaksikan pertambahan ahli keluarga.

"2023 is ending can't wait for 2024. See you number 2 syukur alhamdulillah," kongsinya.

Zahirah berkongsi perkhabaran gembira di Instagram bahawa dirinya sedang hamil anak kedua.
Zahirah berkongsi perkhabaran gembira di Instagram bahawa dirinya sedang hamil anak kedua.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Aiman tidak memaklumkan mengenai jantina dan usia kandungan isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, selebriti dan warga maya mengucapkan tahniah.

Teruja dengan berita berkenaan, netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menatap cahaya mata kedua pasangan itu.

"Congrats Zahirah & husband."

"Ahhhh congratulations! Isaac gonna be abang soon! "

"Congrats! Can’t wait to meet adik Abang Isaac!"

"Congrats Ira and Aiman!! Can't wait to meet bubs."

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan di Perth, Australia.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021. - SinarPlus