'Tak sabar bawa adik jumpa kakak', Ayda Jebat bersalin anak ke-2

Ayda (kanan) bersama suami dan anak sulungnya, Ana Nayla. Foto (kanan) yang dikongsikan Ayda menerusi Instagram miliknya.
Ayda (kanan) bersama suami dan anak sulungnya, Ana Nayla. Foto (kanan) yang dikongsikan Ayda menerusi Instagram miliknya.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat selamat melahirkan anak kedua, yang juga bayi lelaki secara pembedahan pada Selasa, di sebuah pusat perubatan.

Berita gembira itu dikongsikan Ayda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya lewat malam tadi.

“Assalamualaikum semua... Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam).

"Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kash atas semua doa kalian.

“12.12.2023... (Tak ada jualan murah).

"Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world (berjaga malam),” tulisnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan jadi bayi comel itu sedang memegang jari Ayda.

Dalam hantaran berbeza, pemilik nama penuh Nur Suhada Jebat itu turut meluahkan rasa rindu terhadap puteri sulungnya, Ana Nayla, 2 tahun.

Artikel Berkaitan:

Pelakon Pinjamkan Hatiku itu juga tidak sabar untuk mempertemukan dua beradik tersebut dalam masa terdekat.

"Dah rindu baby Ana Nayla.. my forever baby ni.

"Tak sabar nak bawak adik jumpa kakak dia! Nak tengok reaction dia. Kakak kiut and manja," kongsinya.

Sementera itu di ruangan komen pula, rata-rata pengikut juga turut mengucapkan tahniah kepada Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.