Penduduk kongsi video padang ragut bertukar jadi 'tasik'

Keadaan padang ragut di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu sebelum dinaiki air. Gambar kanan: Tangkap layar video menunjukkan keadaan padang ragut di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu selepas dinaiki air dalam bencana banjir yang melanda Sabtu lalu.
Keadaan padang ragut di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu sebelum dinaiki air. Gambar kanan: Tangkap layar video menunjukkan keadaan padang ragut di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu selepas dinaiki air dalam bencana banjir yang melanda Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penduduk di Kampung Kubang Bujuk di sini berkongsi pemandangan sebuah padang ragut bertukar bagaikan sebuah tasik selepas ia dinaiki air dalam bencana banjir yang melanda pada Sabtu lalu.

Video berdurasi 45 saat dikongsikan di media sosialnya pada Ahad itu memaparkan kawasan lapang seolah-olah seperti berada di 'Tasik Kenyir'.

Nur Izni, 33, berkata, video tersebut dirakam sebagai kenangan memandangkan kawasan itu kerap dinaiki air namun tidak menjejaskan kawasan kediaman penduduk.

"Sebenarnya sepanjang laluan tu adalah kawasan padang ragut di belakang rumah saya. Sepanjang hujan bermula November lepas kawasan padang tu sering dinaiki air dan tidak surut-surut.

"Air setakat kawasan tu sahaja dan tidak melimpah ke kawasan rumah penduduk. Air hanya sampai depan pintu rumah dan tidak melimpah masuk ke dalam.

"Tiada penduduk di kawasan itu yang berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Isnin.

Difahamkan, paras air yang melimpah di kawasan padang ragut itu itu mencecah hampir dua meter.

"Kawasan ni nampak seperti sebuah tasik apabila air dari sungai berdekatan melimpah. Sabtu lalu air naik tinggi juga sebab hujan sepanjang minggu lepas.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ni waktu air naik masa hujan lebat banjir gelombang pertama tu dah surut dah. Ni untuk penghujung 2023," katanya.

@sinarharianonline Seorang penduduk di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu berkongsi pemandangan sebuah padang ragut bertukar bagaikan sebuah tasik selepas ia dinaiki air dalam bencana banjir yang melanda pada Sabtu lalu. Video berdurasi 45 saat dikongsikan di media sosialnya pada Ahad itu memaparkan kawasan lapang seolah-olah seperti berada di 'Tasik Kenyir'. #SinarHarian #SinarTerkini #PYP original sound - Sinar Harian

Bagaimanapun, Nur Izni berkata, dia dan suami, Mohd Hafizal, 36, tidak melupakan aspek keselamatan ketika melalui kawasan itu dengan menaiki bot bersama tiga anaknya.

"Memang pemandangan keseluruhan padang ragut tu nampak cantik dan air tidak begitu dalam tetapi kami tetap memakai jaket keselamatan untuk anak-anak," katanya.

Jelasnya, keadaan terkini kawasan itu beransur pulih pada Isnin dan dijangka air semakin surut sekiranya tidak berlaku hujan lebat.

"Keadaan cuaca hari ini pun baik dan air di situ sudah mula surut. Kita harap ia akan terus surut dan kembali kepada asal supaya ternakan di kawasan ini dapat mencari makanan di situ.

"Selain jadi tempat lembu ragut rumput, di sini pun ada beberapa kebun kecil yang diusahakan penduduk. Setiap kali musim banjir tanaman musnah dinaiki air," ujarnya.