Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup untuk program berbasikal

JSAHMS akan ditutup bermula malam 22 Disember sehingga awal pagi 23 Disember untuk program berbasikal.
JSAHMS akan ditutup bermula malam 22 Disember sehingga awal pagi 23 Disember untuk program berbasikal.
A
A
A

GEORGE TOWN - Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup pada jam 10 malam, 22 Disember hingga 3 pagi, 23 Disember ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataannya berkata, penutupan itu sempena program berbasikal, PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride.

"JSAHMS akan ditutup pada malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu untuk memberi laluan kepada program tersebut.

"Jambatan akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut," katanya pada Isnin.

Tambah JKSB, orang ramai dinasihatkan menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

"JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

"Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau jika ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan," katanya.

Artikel Berkaitan: