100 kanak-kanak asnaf teruja sertai khatan beramai-ramai

Kesemua peserta mega sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang diraikan pada hari pertama program itu di Klinik Hijraa Chendering di Kuala Terengganu.
Kesemua peserta mega sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang diraikan pada hari pertama program itu di Klinik Hijraa Chendering di Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 100 kanak-kanak terdiri dalam kalangan golongan asnaf di sekitar daerah ini teruja menyertai program mega sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan di Klinik Hijraa di sini bermula Ahad hingga 23 Disember depan.

Ahli Lembaga Pengarah Klinik Perubatan Hijraa Chendering, Dr Mohammad Nazif Fahzlin Mohd Fahrughazi berkata, program itu diadakan bagi membantu mengurangkan bebanan kos perbelanjaan berkhatan bagi kanak-kanak yang kini semakin meningkat.

Kanak-kanak 'dimandikan' menggunakan semburan air dari trak bomba pada hari pertama program mega sunathon di Kuala Terengganu.
Kanak-kanak 'dimandikan' menggunakan semburan air dari trak bomba pada hari pertama program mega sunathon di Kuala Terengganu.

"Boleh dikatakan kos bagi peralatan bersunat naik lebih 50 peratus selepas Covid-19 dan kita sedar mengenai perkara ini.

"Sebab itulah kita menghubungi JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) serta MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) untuk mendapatkan senarai anak-anak asnaf yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Mohammad Nazif Fahzlin, program mega sunathon kanak-kanak asnaf itu mendapat tajaan daripada MAIDAM, Hijraa Management, ForHim Clinic dan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd.

Hadir sama pada program itu ialah, Ketua penolong Setiausaha bahagian Pengurusan Zakat MAIDAM, Nazli Amirri Ngah; Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin; Pengurus Besar Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Ismanisa Itam @ Ismail dan wakil Unit Latihan Balai

Artikel Berkaitan:

Kesemua kanak-kanak basah lencun setelah 'dimandikan' air semburan dari trak bomba.
Kesemua kanak-kanak basah lencun setelah 'dimandikan' air semburan dari trak bomba.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Muhammad Hafiz Mohd Nor.

Dalam pada itu, katanya, kesemua kanak-kanak yang menyertai aktiviti berkhatan ini kelihatan teruja dan tidak menunjukkan perasaan takut.

"Kita adakan beberapa aktiviti khas untuk mereka bermula daripada perarakan, agihan cenderahati, sesi suapan pulut kuning dan acara kemuncak ialah gimik perasmian program iaitu semburan air dari trak bomba.

Antara peserta program mega sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Klinik Hijraa Chendering, Kuala Terengganu bermula Ahad hingga 23 Disember depan.
Antara peserta program mega sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Klinik Hijraa Chendering, Kuala Terengganu bermula Ahad hingga 23 Disember depan.

"Kanak-kanak ini kita bahagikan seramai 20 orang bagi setiap satu kumpulan yang akan dikhatankan di rumah sunat di sini pada setiap hari sepanjang tempoh tersebut," ujarnya.

Mohammad Nazif Fahzlin berkata, antara kaedah berkhatan yang boleh didapati di klinik perubatan hijraa Chendering adalah kaedah laser, kaedah clamp dan kaedah ZSR.

"Kita menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk bayi lelaki, lelaki bukan islam atau mualaf yang baru memeluk agama islam. Perkhidmatan berkhatan ini berlangsung sepanjang tahun.

"Saya harap aktiviti khatan ini dapat dilakukan sepanjang tahun dan tidak mengikut musim tertentu dan kami juga menyediakan perkhidmatan bersunat kepada semua golongan bermula bayi, kanak-kanak, dewasa, mualaf dan non Muslim," katanya.