Tujuh rumah dikosongkan akibat tanah runtuh di Puchong

Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor
Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor
A
A
A

PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Tujuh rumah teres di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pada jam 7.26 malam tadi melibatkan kawasan seluas 50 meter.

Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor
Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor

"Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut Wan Md Razali sebagai langkah keselamatan, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku. - Bernama

Artikel Berkaitan: