Insiden pencerobohan portal Halal Malaysia tiada ketirisan data - Jakim

Datuk Hakimah Mohd Yusoff
Datuk Hakimah Mohd Yusoff
A
A
A
PUTRAJAYA - Insiden pencerobohan portal rasmi Halal Malaysia pada Sabtu lepas (9 Dis) tidak menyebabkan sebarang ketirisan data, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, portal Halal Malaysia itu kini mula beroperasi kembali pada Rabu lepas (13 Disember) setelah tindakan pembaikan dibuat pasukan ICT Jakim.

"Saya telah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini ‘loophole’ yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam portal rasmi Halal Malaysia,” katanya.

Jakim menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di portal Halal Malaysia, kata Hakimah yang turut meminta supaya proses untuk menyiapkan infrastruktur baharu iaitu server, operation system dan aplikasi portal dinaik taraf ke versi yang terkini.

"Proses ini sedang dilaksanakan dan saya difahamkan bahawa infrastruktur baru ini akan disiapkan sebelum Januari 2024,” katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan: