Kilang tanpa kebenaran: Jangan sampai terima borang 7A


Suee Lim (tengah) dan Noraini (tujuh dari kanan) pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di Klang
Suee Lim (tengah) dan Noraini (tujuh dari kanan) pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di Klang
A
A
A

KLANG - Sebanyak 7,108 kilang tanpa kebenaran (KTK) dikesan beroperasi di seluruh Selangor sehingga kini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya mengesan beberapa halangan mendorong pengusaha kilang tidak melakukan pemutihan.

Beliau berkata, antaranya pemilik tanah serta pengusaha kilang adalah individu yang berlainan sekali gus masing-masing mengambil sikap 'tunggu dan lihat' sebelum mengambil tindakan.

"Mereka ini ada yang degil tetapi ada juga (hanya) penyewa dan bukan pemilik tanah sebenar. Jadi ada kekangan melibatkan pengusaha dan pemilik apabila masing-masing menunggu.

"Mereka hanya penyewa dan pemilik terima sewa sahaja, masing-masing tidak mengambil tahu. Itu antara halangan mendorong pengusaha kilang tidak melakukan pemutihan.

"Tapi apabila kita berikan borang 7A (proses rampasan tanah melalui borang 7A) baru mereka bangun dari 'tidur'," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Suee Lim ketika berucap pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran MPK
Suee Lim ketika berucap pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran MPK

Suee Lim ditemui pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Yang Dipertua MPK, Datin Paduka Noraini Roslan.

Mengulas lanjut, Suee Lim berkata, sesi libat urus di kawasan MPK Klang adalah yang kedua selepas di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam dan dilaksanakan untuk mendengar keluhan serta mendapatkan input daripada pengusaha kilang tanpa kebenaran.

"Kita ambil peluang ini untuk berjumpa dengan pemilik, pengusaha kilang (KTK) dan ini merupakan harapan kerajaan dan mahu dengar masalah dengan pelbagai tawaran.

"Jadi tiada alasan lagi mereka tidak mahu datang untuk menyelesaikan masalah KDK mereka.


Sebahagian peserta hadir pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di Klang pada Jumaat
Sebahagian peserta hadir pada Sesi Townhall Exco Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di Klang pada Jumaat

"Ini tujuan asal program ini, kita bersedia untuk mendengar. Ini pendekatan dan cara kita untuk mencapai situasi menang-menang," katanya.

Tambahnya, sebanyak 753 dari 7,108 KTK yang dikesan beroperasi di seluruh Selangor berada di kawasan pentadbiran MPK.