Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa kes amang seksual PU Azman beri keterangan secara tertutup

15 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 DISEMBER 2023

Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Datin Surita Budin membuat arahan itu selepas saksi ke-11 berusia 18 tahun yang juga mangsa dipanggil memberi keterangan.

Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man menghadapi 12 pertuduhan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639780/berita/semasa/mangsa-kes-amang-seksual-pu-azman-beri-keterangan-secara-tertutup

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini