Anak syurga derita penyakit kepala besar, Bilal Yusra meninggal dunia

Anak syurga yang menderita penyakit kepala besar selain sumbing di bibir dan hidung, Muhammad Bilal Yusra, 3, dilaporkan meninggal dunia jam 4.50 pagi Jumaat. - Gambar media sosial.
Anak syurga yang menderita penyakit kepala besar selain sumbing di bibir dan hidung, Muhammad Bilal Yusra, 3, dilaporkan meninggal dunia jam 4.50 pagi Jumaat. - Gambar media sosial.
A
A
A

KULIM - Anak syurga yang menderita penyakit kepala besar selain sumbing di bibir dan hidung, Muhammad Bilal Yusra, 3, dilaporkan meninggal dunia jam 4.50 pagi Jumaat.

Ibu kanak-kanak tersebut, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, dari Sungai Ular berkata, dia sangat terkesan dengan 'pemergian' anak syurga berkenaan namun tetap bersyukur kerana berkesempatan berkongsi kasih sayang selama tiga tahun.

Menurutnya, walaupun sedih dengan perpisahan itu, dia dan suami, Mohammad Azhar Arzemi, 31, reda dengan ketentuan ALLAH.

"Dalam sehari dua ini, Muhammad Bilal Yusra nampak biasa cuma ada merengek sikit.

"Saya dan suami ada bersama-sama tadi, meninggal di rumah," jelasnya.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ular dijangka lepas solat Jumaat.

Gambar kenangan Muhammad Bilal Yusra di samping kedua ibu bapa di rumah mereka Sungai Ular, Kulim.- Gambar fail
Gambar kenangan Muhammad Bilal Yusra di samping kedua ibu bapa di rumah mereka Sungai Ular, Kulim.- Gambar fail

Sinar Harian pada November 2020 pernah melaporkan pasangan suami isteri berkenaan reda jika bayi mereka 'pergi' jika sampai masanya.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Azhar dan Nurul Izzati Adawiyah juga turut bersedia apabila doktor menjangkakan bayi mereka hanya boleh bertahan selama lima hari selepas dilahirkan.

Nurul Izzati Adawiyah reda dengan ketentuan ALLAH. - Gambar fail
Nurul Izzati Adawiyah reda dengan ketentuan ALLAH. - Gambar fail

Bagaimanapun, pasangan itu tetap bersyukur dan merasakan keajaiban atas kekuasaan ALLAH apabila diberi kesempatan mengasihi anak istimewa mereka sehingga berusia tiga tahun.

Muhammad Bilal dilahirkan dengan derita kepala membesar bersaiz 39 sentimeter ketika awal kelahiran dan berat anggaran 3.2 kilogram namun berat kepalanya semakin bertambah dan terbaharu mencecah 45 kilogram.