Brighton lulus ujian Marseille

Joao Pedro
Joao Pedro
A
A
A

GOL lewat perlawanan Joao Pedro membolehkan Brighton & Hove Albion meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Olympique Marseille di Stadium Komuniti Amex, pada Jumaat untuk mengesahkan status pendahulu Kumpulan B Liga Europa.

Kedua-dua pasukan tampil dengan misi tiga mata dalam aksi terakhir peringkat kumpulan mara bagi, namun kemenangan The Seagulls mara ke pusingan 16 terakhir berstatus pendahulu.

Sebaliknya, Marseille akan mara ke pusingan play-off selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua - dua mata di belakang Brighton dengan 11 mata.

Pada perlawanan itu, Pedro muncul wira apabila menyudahkan hantaran Pascal Gross dengan rembatan yang merupakan gol keenam pemain Brazil tersebut dalam enam perlawanan kejuaraan tahap dua kelab Eropah tersebut.

Gergasi Ligue 1 Perancis, Marseille sebelum itu memiliki beberapa peluang mendahului, namun dua percubaan dinafikan tiang gol pada awal setiap babak.

Sementara itu, kelab Belanda, Ajax Amsterdam meraih kemenangan pertama apabila menewaskan AEK Athens, 3-1 untuk menduduki tempat ketiga bagi mengesahkan slot play-off kalah mati Liga Konferensi Europa.

Artikel Berkaitan: