Bintang muda Barcelona pilih Brighton

Ansu Fati
Ansu Fati
A
A
A

BRIGHTON & Hove Albion merekrut penyerang Ansu Fati secara pinjaman selama semusim dari juara LaLiga Barcelona, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Kelab Sepanyol itu menambah bahawa perjanjian itu tidak termasuk pilihan untuk membuat perpindahan kekal.

Fati, produk akademi Barcelona, menikmati kempen cemerlang bersama kelab kelas teratas Sepanyol pada musim 2019-20, menjaringkan lapan gol dalam 33 penampilan dalam semua pertandingan.

Biarpun minit permainannya dihadkan dalam dua tahun berikut akibat kecederaan, dia menjadi pemain tetap dalam angkatan Xavi Hernandez musim lalu.

Dia membuat 36 penampilan liga ketika Barcelona merangkul gelaran LaLiga dengan turut bermain sembilan kali untuk Sepanyol.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini menjadi sasaran kelab London Tottenham Hotspur tetapi keputusannya untuk berpindah ke pantai selatan adalah kejayaan terbesar Brighton, yang memperoleh reputasi membangunkan bakat muda.

“Kami berbesar hati untuk membawa Ansu ke kelab. Dia antara pemain muda yang mendapat penilaian tinggi dan tiba dengan jumlah pengalaman mengagumkan luar dan dalam pertandingan Eropah, walaupun pada usia muda.

“Musim ini adalah yang terbesar dalam sejarah kelab dan kami sangat gembira kerana pemain yang berkualiti Ansu akan menjadi sebahagian daripadanya,” kata pengarah teknikal kelab David Weir.

Artikel Berkaitan:

Brighton menduduki tempat keenam musim lalu dan akan bermain di Liga Europa dalam kempen ini - penampilan pertama dalam kejuaraan Eropah.

Skuad kendalian Roberto de Zerbi, yang menduduki tempat keenam dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, melayan kunjungan Newcastle United pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!