Premis hiburan langgar hak cipta diserbu

Sebuah premis diserbu kerana dikesan melanggar hak cipta menggunakan karya yang didaftarkan tanpa kebenaran.
Sebuah premis diserbu kerana dikesan melanggar hak cipta menggunakan karya yang didaftarkan tanpa kebenaran.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah premis hiburan diserbu kerana disyaki melakukan pelanggaran hak cipta terhadap karya yang didaftarkan dan menggunakan tanpa kebenaran bagi tujuan komersial.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan turut dilakukan bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hasil risikan yang dijalankan sejak bulan lalu di sekitar bandar ini.

Menurutnya, pemeriksaan turut dilakukan ke atas set karaoke mendapati ia mengandungi empat salinan pelanggaran lagu yang hak ciptanya terpelihara.

"Premis tersebut disyaki tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk menggunakan atau menyiarkan karya-karya yang dituntut hak cipta bagi kegunaan komersial," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, serbuan turut menemui satu unit set 'stand alone' karaoke yang disyaki membuat salinan karya muzik secara tidak sah.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM5,600.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987.

"Kita juga menahan seorang warga tempatan berumur 30-an bagi siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

"Orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN Negeri Kedah sebarang kegiatan mencurigakan bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.