Perlu perhatian empat golongan elitis untuk lakukan perubahan

Fazrul ketika menjadi panelis program 'Kompas Edisi Khas: Sudah-sudahlah rasuah' yang bersiaran secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

A
A
A

SHAH ALAM - Empat golongan elitis perlu beri perhatian sekiranya mahu negara bergerak kepada satu perubahan.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berpandangan, golongan berkenaan merupakan tonggak dan nadi kepada pentadbiran sekali gus pihak yang mempunyai kuasa dalam negara.

"Kalau kita lihat transformasi sosial pada zaman nabi dahulu, ada empat golongan elitis yang diberi perhatian jika mahu buat perubahan (iaitu) 'al-Malik'. Zaman sekarang (golongan) sultan, raja dan Perdana Menteri.

"Kedua ialah al-Quddus iaitu (golongan) ustaz atau orang agama. Mereka ini elitis sebenarnya dalam masyarakat dan perlu diubah.

"Ketiga ialah 'al-Aziz' iaitu penguatkuasa kerana mereka ada kuasa ketika menguatkuasakan undang-undang," katanya dalam program 'Kompas Edisi Khas: Sudah-sudahlah rasuah' yang bersiaran secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Kompas Edisi Khas, topik “SUDAH-SUDAHLAH RASUAH!”, dari kiri Johan Jaafar, Hussamuddin dan Fazrul Ismail yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Turut menjadi panelis ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar bertindak sebagai hos rancangan.

Dalam pada itu Fazrul berkata, kumpulan elitis keempat terdiri daripada hakim kerana mereka merupakan golongan yang menegakkan sistem perundangan di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Justeru ujarnya, gerakan massa sangat penting untuk memberi kesedaran sekali gus menasihatkan mereka tentang tanggungjawab masing-masing.

"Empat kumpulan elitis ini sebenarnya datang daripada rumah marhaen, daripada ibu bapa di kampung yang akhirnya merekalah yang akan menasihati golongan ini.

"Kalau mengharapkan sekadar di peringkat atas sahaja menegur, mereka ini sibuk, banyak agenda lain dan kadang-kadang mungkin setuju pada dua, tiga bulan pertama sahaja," ujarnya.