[VIDEO] Banjir Kelantan: Penduduk mula pindah,12 jalan kampung ditutup

A
A
A

KUALA KRAI - Penduduk di beberapa kampung di daerah ini sudah membuat persiapan untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang sudah dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sepuluh, Kampung Chenulang, Kampung Chuchuh Puteri dan Kampung Bukit Arang.

Penduduk Kampung Bukit Arang, Mohd Azeezul Mustapha, 30-an, berkata, dia kini sedang bersiap sedia untuk berpindah berikutan kediamannya sudah dinaiki air setinggi 0.3 meter di ruang dapur.

Mohd Azeezul
Mohd Azeezul

Mohd Azeezul yang tinggal bersama isteri serta tiga anak berusia antara dua bulan hingga empat tahun berkata, pekarangan rumahnya turut ditenggelami air sehingga 0.5 meter.

"Kami sudah biasa dengan keadaan ini dan semua persiapan sudah dilakukan termasuk mengemas barangan rumah dan dokumen penting," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, sebanyak 12 jalan kampung di daerah itu ditutup kepada semua kenderaan ringan.

Menurutnya, antara jalan terbabit ialah Simpang Tiga Kampung Kebun Pisang, Jalan Kampung Pak Jelok, Jambatan Kampung Bedal dan Jambatan Pok De.

Artikel Berkaitan:

Keadaan jalan di Kampung Bukit Arang mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.
Keadaan jalan di Kampung Bukit Arang mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Tambah beliau, sehingga jam 12 tengah hari, seramai 260 mangsa sudah dipindahkan membabitkan enam pusat pemindahan sementara (PPS).

"Tiga sungai iaitu Sungai Tangga Krai; Sungai Lebir, Manek Urai dan Sungai Galas, Dabong kini menunjukkan trend menaik," katanya.

Kamarulzaman berkata, mangsa banjir mula berpindah tengah malam tadi selepas hujan lebat sejak Rabu

Jalan di Kampung Bukit Arang mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.
Jalan di Kampung Bukit Arang mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.